Munajat Kesyukuran
Ya Allah
Engkau ciptakan kami dari segumpal darah
Engkau ciptakan kami menjadi segumpal daging
Engkau ciptakan kami dari tulang belulang
Engkau ciptakan kami menjadi manusia
Kini hati kami Kau hidupkan
Kau tiupkan roh di hati kami hingga kami
Menjadi manusia yang sempurna
Yang bole melihat
Yang boleh mendengar
Yang bole berkata-kata
Yang boleh merasa
Demikian sempurnanya Kau ciptakan kami
Hingga kami lupa bahawa kami diciptakan oleh-Mu
Demikian sempurnanya ciptaanMu ini
Hingga kami tak menyedari bahawa kami hanyala ciptaanMu
Bahawa diri kami diciptakan dari ketiadaan
Hingga kami tak menyedari
Bahawa kami diciptakan hanya dari setitis air yang hina
Duhai Yang Maha Sempurna
Saat kami mengakui
Bahawa Engkau yang menghidupkan kami
Bahawa Engkaulah yang memberikan penglihatan kami
Allahumma ya Allah
Inilah kami yang sentiasa lupa
Bahawa hidup kami adalah milikMu
Mata kami adalah milikMu
Telinga kami adalah milikMu
Jiwa kami adalah milikMu
Duhai Tuhan pemilik langit dan bumi
Duhai pemilik semesta raya
Allahumma ya Allah
Kami bersyukur kepada Mu
Alangkah banyak nikmat yang Engkau Curahkan pada kami
Engkau beri kami nikmat Iman
Engkau beri kami nikmat Islam
Engkau beri kami nikmat Ihsan
Tetapi sangat sedikit syukur kami kepada Mu
Wahai Allah yang Maha Bijaksana
Ampuni kami yang hanya bersyukur
Apabila mendapat kesihatan
Apabila mendapatkan makanan
Apabila mendapakan harta
Apabila mendapatkan jabatan
Apabila mendapatkan penghargaan
Apabila mendapatkan keturunan
Tetapi tidak pernah bersyukur jika mampu melaksanakan
Solat berjemaah, bersedekah, berzakat, berpuasa, berhaji
Ya Allah
Tak pernah bersyukur dengan memiliki Nabi Muhammad saw
Tak pernah bersyukur menjadi umat Nabi Muhammad saw
Tak pernah bersyukur bahawa kami dilahirkan sebagai Islam
Tek pernah bersyukur bahawa kami telah dikurniakan Iman
Allahumma ya Allah
Ilhamilah kami kesyukuran menerima nikmat Mu
Terlalu sedikit syukur kami dibandingkan rahmatMu
Terlalu sedikit doa kami disbanding berkatMu
Kami hanya ingin bersujud ya Allah
Kami hanya ingin bersyukur ya Allah
Maka terimalah sujud ini sebagai ungkapan rasa syukur kami
Dan ungkapan permohonan ampun kami
Ya Allah Yang Maha Menggenggam jiwa
Izinkan permintaan kami
Redhai amal ibadah kami
Tanpa redha Mu semua tak bererti
Tanpa redha Mu semua tak bermakna
Ya Samii Ya Bashiir
Ya Zaljalaali wal Ikram
Wahai Allah yang Maha Hidup
Wahai Allah yang Pemberi Nikmat
Kami berlindung dengan keagunganMu
Kami berlindung dengan kemuliaanMu
Kami berlindung dari lupa mengingat dan menyebut nama Mu
Serta berpaling dari mensyukuriMu
Ya Allah
Kami mohon padaMu
Tunjuklah kami jalan yang lurus
Tunjuklah kami agar sentiasa bersyukur padaMu
Tunjuklah kami cara bersyukur yang benar
Ya Allah
Limpahkanlah
Hati yang penuh kesyukuran
Ucapan yang penuh kesyukuran
Sikap yang penuh kesyukuran
Langkah yang penuh kesyukuran
Kerana kami mengakui tanpa tuntutanmu
Kami lemah
Kami lalai
Kami hina
Ya Allah
Hari ini kami mengakui
Bahawa Engkaulah sebesar besar pemberi kurnia
Kami bersyukur ya Allah
Atas bumi yang Engkau hamparkan
Atas langit yang Engkau tinggikan
Atas gunung gunung yang Engkau pancangkan
Atas alam semesta yang Engkau bentangkan
Atas bintang bintang yang Engkau tebarkan
Ya Allah
Engkaulah sebaik baik pemberi nikmat
Kau turunkan hujan
Kau tumbuhkan pepohon
Kau hidupkan haiwan haiwan
Ya Allah
Sungguh kami sering lupa
Mensyukuri hidup kami
Mensyukuri waktu dan kesempatan kami
Mensyukuri setiap hembusan nafas kami
Mensyukuri apapun yang kau berikan
Ya Rahmaan ya Rahiim
Ajari kami untuk sentiasa mensyukuri
Hal yang kecil dala pandangan kami
Ya Rabb
Kabulkanlah segala doa permohonan kami
Allahumma ya Allah kirimkan salam kami
Kepada Nabi Muhammad saw
Kami mencintainya
Kami menyayanginya
Beri kami kesedaran untuk bersyukur
Seperti syukur Nabi Muhammad-Mu
Beri kami kekuatan untuk sentiasa mesyukuriMu
Ya Rahmaan
Kami hanya hamba hamba yang mengabdi pada Mu
Kami hanya hamba hamba sebagaimana bumi berputar
Bersama bulan, matahari, dan galaksi
Ya Allah
Kami hanya hamba hamba
Seperti halnya para malaikat yang mengabdikan diri
Ya Allah
Beri kami kekuatan
Agar kami mampu mengajari
Anak anak kami untuk sentiasa bersyukur
Pasangan hidup kami untuk sentiasa mengucap syukur
Keluarga kami agar menjadi ahli syukur
Ya Rahmaan tiada Tuhan selain Engkau
Tiada yang kami sembah selain Engkau
Kami ikhlas Redha menjadi hambaMu
Kami ikhlas dah redha menjadi orang
Yang sentiasa berjalan di jalanMu
Ya Allah ya Rahmaan ya Rahiim
Kami ikhlas ya Allah dengan kehidupan kami
Ya Allah
Kami sedar hidup kami singkat
Kami sedar hidup kami sementara
Kerana itu, curahkan ke dalam hati kami Iman
Tenteramkan hati kami dengan hanya menyebut nama Mu
Tenteramkan kami dengan mengingati Engkau
Duhai Engkau kekasih hati
Duhai Ar Rahmaan Ar Rahiim
Dr Ary Ginanjar Agustian
Pengasas ModeESQ 165